Selasa, 8 Januari 2013

LATIHAN 2

Nilai-nilai murni
Arahan : senaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun empat kerat di bawah.

Ke hulu membuat pagar,
      Jangan terpotong batang durian;
Cari guru tempat belajar,
     Supaya jangan sesal kemudian.


Padi muda jangan dilurut,
      Kalau dilurut pecah batang;
Hati muda jangan diturut,
      Kalau diturut salah datang.

Orang Daik memacu kuda,
      Kuda dipacu deras sekali;
Buat baik berpada-pada,
      Buat jahat jangan sekali.

Dayung perahu tuju haluan,
      Membawa rokok bersama rempah;
Kalau ilmu tidak diamalkan,
      Ibarat pokok tidak berbuah.

Sila tulis dalam Buku Latihan Bahasa Malaysia 1 dan hantar kepada cikgu pada hari Selasa 15 Januari 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan